Tuesday, 11 December 2012

boys ..

Andai lelaki tahu, 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu 
adalah segalanya di hatinya. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari 
kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mamp
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya 
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin 
pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud 

untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya 
dengan lebih dekat. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 

bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan
anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau 
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan 
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan 
yang terbaik untuk anda. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu 
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi 
juga melalui bahasa tubuhnya. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar 

maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa 
bermain di mata. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki 
lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia 
hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu 
sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya 
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud 
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu 
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar 
fikirannya dalam masa sesaat. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya 
mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali 
tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia 
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal 
perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi 
anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 
Andai lelaki tahu,
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka 
saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang 
bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya 
kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin 
boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah 
kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan 
bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk 
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

No comments:

Winx Club -  Flora