Monday, 31 December 2012

surat buat awak

awak, saye betul betul rindukan time saat kita sama sama dulu :') saya rasa bahagia sangat bila awak text saya, call saya dan yang paling bahagia bila kita jumpa first time dulu... awak panggil saya kucing siam.
happy sangat hati ni rasa. best sangat time tu awak ^^
tapi bila dah lame kapel, kenapa suatu hari tu awak berubah ? berubah sangat sangat T.T
pada masa tu saya hanya mampu menangis :'( petang tu kita text. petang tu jugak saya tak pernah lupa kan sampai sekarang :(

hurm, time kita kapel dulu, awak tak pernah tahu yang saya selalu pendam hati yang sakit ni bila awak terus terusan ingat ex awak tu. memang saya kata saya tak kesah, tapi.. sebenarnya, sakit sangat awak.
takpe lah, air mata saya hanya mampu mengalir je setiap malam. hampir setiap malam air mata saya menitis sebab awak...

we seemed so promising. Tak sangka. Tak sangka sangat. sampai sekarang macam susah nak percaya, is he really the same man who once said he'll never leave me and will always be here for me? awak nak tahu tak?
walaupun awak layan saya macam tak penting lagi dalam hidup awak macam dulu, saya masih sayang sangat kat awak..

maafkan saya kalau sekarang saya layan awak macam endah tak endah je. sebab saya dah mula nak lupakan awak, tapi percaya lah, kenangan yang awak bagi kat saya dulu takkan pernah terpadam.
sekarang saya nak awak kejar dia, kejarlah dia. saya yakin dia yang terbaik buat awak.
saya mungkin dah tak boleh nak sayang awak macam dulu tau.
sebab saya maybe dengan orang lain.
awak cari perempuan yang betul betul sayang kan awak lebih dari saye pernah sayang kan awak.

okayy?

Monday, 24 December 2012

untuk awak huruf 'A'



assalamualaikum awak. 

awak.. oh awak.. saye rindu awak lah. rindu sangad. ape saye nak buat ni? saye slalu sedih. sedih tak de sebab. tapi dalam pikiran saye cuma ade awak. jadi sebab awak lah saye sedih. awak rindu saye tak? mesti la tak kan? ye, saye tahu awak dah move on. yes, saye tahu tu...

tapi sayang, awak betul2 dah lupekan saye kan? ape boleh saye buat? saye cume boleh stalk awak tiap2 hari tengok awak happy dah cukup buat saye tersenyum. bace conversation kita dari awal kita kenal sampai akhir. saye tak pernah delete semua tu. dan saye taknak! saye cume ade tu je untuk ubat rindu saye.  awak awak, awak ingat tak keychain tu? tiap2 malam saye tido dengan keychain tu dengan mata bengkak sebab menangis. kadang kadang saye selal terbayang awak sampai saye tertido. tapi, semua tu tak logik...

hmm.. awak boleh tak awak jangan tinggalkan saye? sye sanggup pandang awak dari jauh, saye sanggup stalk awak tiap tiap hari. saye sanggup awak. asalkan awak jangan pergi jauh dari saye. saye tak mintak banyak pun :') awak tahu tak, i miss you a lot. kalau saye ade peluang untuk cakap tu dekat awak, saye akan cakap selagi awak nak dengar. walaupun saye penat, saye akan ulang perkataan 'saye rindu awak'. ok la awak, sampai sini je. saye harap awak bace ape yang saye nak luahkan kat awak.maaf terlalu panjang, tapi itu la yang saye boleh buat. nak call awak, saye tak sanggup. sebab saya tahu, saye akan menangis bila bercakap dengan awak. cukup la text awak ni dah buat saye menangis. saye sayang awak tau :') sayang sangat. saye tak tipu. awak ingat tu tau.. 

assalamualaikum..

Sunday, 16 December 2012

sokong ke arah kebaikan

susah kan nk jadi yang lebih baik? 
bila kita cube berubah untuk jadi yang lebih baik, 
ade je manusia yang baik hati datang bagi kata2 yg boleh kondemkan niat suci murni tu.
aku pelik sengan mereka yang baik hati ni, kenape mereka rajin gila nak jadi baik macam tu?
padahal kita cube berubah jadi yg lebih baik itu kan perkara yang bagus? 
patutnya mereka2 tu perlu bagi sokongan, dorongan pon belom tentu nak bagi -.-
ehh, siap kutuk2 lagi tu, whatthe?!

ohh ni pendapat aku, kalau kita seorang kawan yang baik, 
kita kena sokong kalau kawan kita nak berubah kearah kebaikan. bukan kutuk,
hasut mereka terus buat kejahatan. jangan perli niat suci murni mereka tu, 
mane tahu one day mereka boleh jadi yang lebih baik dripada yang terbaik :)
tak siapa yang tahu kann? hanya ALLAH yang tahu.
renung-renungkan...

Friday, 14 December 2012

kehidupan


Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI..
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA..
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI..
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN..
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG..
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN..
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN..



Tuesday, 11 December 2012

boys ..

Andai lelaki tahu, 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu 
adalah segalanya di hatinya. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari 
kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mamp
mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya 
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin 
pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud 

untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya 
dengan lebih dekat. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 

bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan
anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau 
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan 
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan 
yang terbaik untuk anda. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu 
merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi 
juga melalui bahasa tubuhnya. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar 

maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa 
bermain di mata. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki 
lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia 
hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu 
sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya 
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, 
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 
Andai lelaki tahu, 
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud 
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu 
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar 
fikirannya dalam masa sesaat. 
Andai lelaki tahu,
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya 
mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali 
tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia 
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal 
perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi 
anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 
Andai lelaki tahu,
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka 
saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang 
bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya 
kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin 
boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah 
kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan 
bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk 
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 

Monday, 10 December 2012

sayang :')

Assalammualaikum..
Err -_- Okayy macam mane nak mulakan ek?, hmmm :/
Korang pernah sayangkn someone dgn ikhlas? 
Mesti pernah rite?
Apa perasaan korang bila dia berubah tak macam dulu , 
tak macam yang mule2 korang kenal?
Setiap manusia boleh berubah kan? Tapi BODOH nya dia apabila 
mempermainkan , mengecewakan n tak penah 
menghargai perasaan seseorang yg ikhlas sayangkn dia!

tp jgn menyesal bila suatu saat awak sedar 
orang yang awak syg itu ada didepan mata 
dan hanya la sekujur tubuh yang dibaluti dengan kain putih, 
dipenuhi dgn orang ramai yang sdg bacekan Yaasin . 
Setiap perbuatan awak, dia menangung sakitnya yg 
tak pernah awak tahu. Masa tu baru awak sedar orang
 yang awak permainkan hatinya, IKHLAS dgn awak, 
bersabar untuk tunggu awak berubah, dah takde.. 
Pada saat itu jangan laa merayu supaya masa dpt diundurkan kembali, 
kerana takde ape yg dapat merubahh segalanya :')

*Bila saye tiada lagi untuk teman awak bergaduh, 
untuk teman awak tiap2 malam, untuk tweet dgn awak , 
balas2 komen dekat status awak, sweet2 dgn awak , 
Saye minta maaf sangad2 :')
Dan mulai saat tu saye nak awak cari orang yg betul2 
tahu jage awak, tahu layan awak, n yang paling penting.. 
tahu bersabar dengan sikap EGO awak to :')
Bila saye dahh pergi nanti, saye tak dapat nak teman awak 
text tiap2 malam, manje2 bagai, Nak cubit tangan awak, 
nak date dkat jambatan semua, nak gaduh, 
nak semua benda yang kita buat sekarang :')
Awak jgn menyesal pulak ape yg selama ni 
awak buad kt saye, sebab saya dah maafkan lame dah :') 
Ehh awak.. , even saye dah pergi, or
awak suruh saye find someone else,
saya nakk awak tahu , 
saya tetap sayang kan awak *Suke tak suke tak* heee :')

Bila awak dahh jumpe someone untukk gantikan saya dihati awak, 
awak jangan lupa sedekah Al-fatihah untukk saya ye :')
saye jugak akan buat benda yg sama untuk awak. 
Bila awak rindu saya, awak tengok gambar2 kita, 
Awak pejamkan mata dan bayangkan saya berada 
disebelah awak, macam selalu :') 
And jangan lupe  Bace Yaasin untukk saye sekali tau tau :')

Hmmm.. Saya sayang sangad kat awak 
and you need to know that okayy?



TO ALL MY FRIEND SAMA ADA DALAM ATAU LUAR MAKTAB


Takkan terpisah..
kita kawan gila gila rambut tak sama tapi satu 

kepala tak sedarah 
tapi bersaudara sumpah untuk bersama.

Takkan terpisah 

biar tsunami melanda pusing dunia berjanji 
setia susah senang 

kami menang 

Takkan terpisah 

ibarat KL dengan traffic jam macam 
burung biru dengan
muka buku tetap rapat 

kami hebat macam budak hipsters dengan jeans ketat 

takkan koyak takkan goyah takkan terpisah
kami buddyz bersama selamanya 

kami riuh kami gempak ngam ngam 

macam segiempat tepat 
suara berbeza 
pilihan sama 
fahami jiwa tanpa suara 
kami sembang gaduh sms kutuk lepak 
sebab kami muda sekali je 
bersama mencipta menggegar dunia kami bebas merantau

merata-rata merayau-rayau mencari jati diri 

bersama selamanya 

Kami BUDDYZ!


gelak, tawa, tengking, tangisan, sound, jerkah, 

ceritera, laung, borak kosong, maki hamun, 
semua kehidupan kami bersama 
dan 
kami syukur dengan nikmat yang awesome itu!

truly,



Nur Syazwi

Saturday, 8 December 2012

AJUN BUDAK HERO !

hello peeps! 
now nak update story pasal 8/9/2012. 
hari tu ade sorang budak ni kankan.. belajar bawak motor, then , 
bila tukar gear 1, pastu terlanggar pokok pisang sampai 2 pokok pulak tuh. tumbang!!
 haha memang kelakar. 
pastu, time nak angkat motor , dah tak boleh nak hidupkan enjin. 
haa sudahh! mamposss! menggelabah kat situ. HAHA. 
check sane, check sini, tak tau nak buat ape.

yelaa, kiteorg ni perempuan, mane tahu bab2 motor ni kann? 
last2, call ajun suruh datang. fuhh! time tu dah pukul 6.55 dah,
nasib baik ajun sampai, ajun try hidupkan enjin, nasib baik boleh.
aku pon dah tak paham, ajun pakai mantera ape pulak ni 
sampai enjin boleh start balik?
ALHAMDULILLAH boleh balik rumah. tak tahu la ape jadi kalau ajun takde.

Friday, 7 December 2012

hurt inside :'(




          'kesakitan luaran itu lebih baik daripada kesakitan dalaman.' 

perlu ke ada yang tersakiti ? 
Aku tak suka berada dalam keadaan macam ni . aku tahu 
aku tak boleh ubah apa apa dah . aku pun malas dah nak ubah 
semua ni . biar la . biar benda ni berlalu . maybe ini yang 
terbaik untuk dia . i'm just follow the flow.

Aku dah cuba , but - entah la . aku dah turunkan ego aku, tapi bila 
aku buat macam tu , aku tak nampak pun apa yang aku buat tu 
di hargai . aku text , tak balas . aku call , cakap nak tak nak jer . 
aku pun manusia , aku ada deria rase dan perasaan sakit hati bila 
kena macam tu . cukup lah kalau dah tak nak . prinsip aku , tiga kali 
aku try , tapi bila benda tu tak berjaya , aku akan biarkan dia . 
then i'll give up . haha . lastly i'm the one who will get hurt inside :(
aku rasa kita memang patut putus pun. 
bye awak. single life me again :'(
                       

 Sometimes , i feel so hard to describe my feeling                                                                                              AND
doesn't know what i want. 



meoww,,


Nur Syazwi

Wednesday, 5 December 2012

why not me?


Escaping nights without you with shadows on the wall
My mind is running wild tryin hard not to fall
You tell me that you love me but say Im just a friend
my heart is broken up into pieces

Cause i know i'll never free my soul
it's trapped in between true love and being alone
When my eyes are closed the greatest story told
I woke and my dreams are shattered here on the floor

Why oh why tell me why not me
Why oh why we're meant to be
Baby i know i could be all you need
Why oh why oh why

I wanna love you
if you only knew how much i love you
So why not me

The day after tomorrow I'll still be around
To catch you when you fall and never let you down
you say that were forever our love will never end
I've tried to come up but it's drowning me to know
you'll never feel my soul
It's trapped in between true love and being alone
when my eyes are closed the greatest story told
i woke and my dreams are shattered here on the floor

Tell me baby why oh why tell me why not me
Why oh why we're meant to be
Baby i know i could be all you need
why oh why oh why

I wanna love you
if you only knew how much i love you
So why not me

You won't ever know
How far we can go
You won't ever know
How far we can go (go)

Why oh why tell me why not me
why oh why we're meant to be
Baby I know I could be all you need
Why oh why oh why

Why oh why tell me why not me
Why oh why we're meant to be
Baby I know I could be all you need
Why oh why oh why oh why

I wanna love you
If you only knew how much I love you
so why not me
(why not me, why not me)

Sunday, 2 December 2012

rahsia tentang aku

aku ade bukak satu link ni, memang banyak benda tentang rahsia diri.
memang banyak benda aku tahu.

rahsia cara jalan aku,

" Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur,
suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya,
namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
 

wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

rahsia warna kegemaran,

"BIRU 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, 

suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas. "

rahsia tulisan,

i. Tekanan yang kuat 
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di 
bahagian belakang kertas. 
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif 
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper 

Tulisan yang angular dan sharp 
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak 
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

iii. Tegak 
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan 
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan 
tengah 

iv. Rapat-rapat 
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut 

rahsia perfume,
HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga,
justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu
yang gemarkan aktiviti luar !



rahsia nombor peribadi,
Nombor 5 

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana,
pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim,
dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan
segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya
adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat
keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat
dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5,
nescaya mudah semuanya.


rahsia nama, 
anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan. anda merasakan 
anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain. anda seorang 
yang gemar bersosial. anda sangat broad-minded. anda selalu penyebab pada banyak masalah. anda boleh jadi terlalu 
pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda. anda selalu bergaduh dengan 
seseorang. anda suka menyendiri. anda mudah senyum dan 
boleh buat orang lain tersenyum.

rahsia minuman kegemaran,

MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan
’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang 
gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih 
gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh 
bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu 
anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba 
tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda.

rahsia mata,

Mata selalu berkedip 
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik :)

rahsia kasih sayang mengikut bulan,

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan
-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Persaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
- Berprasangka terhadap pasangan.
- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.

rahsia bibir wanita,

Bibir yang mungil. 
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona 
yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya 
keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh
pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain,
tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap
ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil
kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah
dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh
diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab.
Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya. 


SAD


satu cerita yang buat aku menangis :'(


Bf : Kita main satu game nak tak ?

Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak payah contact saya . Mksudnya tak
paya text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat
mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok sape menang .
Gf : Okay !

Esoknya , si Gf terpksa lah tahan rindu dekat Bf . Mengenangkan
yang ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati .

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak di jawab . 
So si Gf pegi dkat rumah Bf dia . Di luar rumah ,ramai orang . 
Dia mula rasa pelik then trus msok ke rumah . Sekujur tubuh terbaring
kaku di tnga rumah . Dan tubuh tuu adalah jasad si Bf yng dah
meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .

Surat yng bertulis :
     Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . 
Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat 
hdup bhagia tnpa saya . Love you… 

Winx Club -  Flora